Berita terbaru

GENERAL, HOBBY | Posted by sydeen
Jul 02 2010

Kepada pengunjung blog aku ni mesti tertanya-tanya pasal blog lama tak update, macam la sibuk sangat kot sampai takde masa nak update blog. Sebenarnya ini projek terbaru aku. Zaman sekarang dah tak boleh nak harapkan lagi dengan gambar orang kawin. Terlalu ramai sangat jurugambar baru dengan harga yang ‘gila murah’. Mereka ni terlalu exited nak jadi jurugambar gamaknya. Jadi aku tiada pilihan lain melainkan mencari jalan untuk mengembangkan pasaran ke peringkat yang lebih luas iaitu ‘international open market’.
SStocck2
Yang atas tu adalah gallery untuk satu dunia dengan keyword ‘welder work’. gambar aku menduduki rangkin ke-3 tu. Tipu la kalau tak bangga.

Bukan niat aku nak berbangga tapi sebagai pendorong kepada kenkawan dan peminat fotografi sekelian yang saban hari asyik dengan kamera dan membazir shutter count.
SStocck
Gambar yang sama jugak dalam gallery shutterstock aku yang menduduki rangkin ke-2 mengikut ‘popular sorting’. Yang aku nak sampaikan di sini ialah, dari kita shoot sesaja tu, baik la kita letakkan kat online. Jika gambar kita lawa dan menepati citarasa pembeli maka kita akan dapat duit. Banyak mana? Sebanyak gambar kita dalam gallery.

Jom!

Kita buat apa yang kita suka

GENERAL, HOBBY | Posted by sydeen
Jun 02 2010

Sejak kebelakangan ni banyak betul aktiviti yang nak dibuat sehingga masa yang berlalu pun rasanya sekejap jer. Dari kerja hakiki hinggalah ke aktiviti yang menjana kepuasan diri dan pendapatan. Masa 24 jam sehari macam tak cukup jer. Sepertimana hadis Rasulullah yang mengatakan bahawa, gunakan waku lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk. Kita tak akan cukup masa lagi untuk mengejar masa yang kian cepat berlalu dan hanya kepenatan saja yang kita dapat. Duit pun semakin hari semakin susut nilainya bermakna kita sentiasa bekerja kuat untuk menambahkan pendapatan kita.

IMG_1548

Namun begitu sesekali kita perlu rehatkan minda dan kita buat apa yang kita suka untuk ketenangan. Ye ini adalah terapi yang paling baik sekali dan ianya free! Kita hanya perlu buat apa yang kita suka jer dan leka dengannya.

red cups

Sejak beberapa lepas pada hujung minggu tiada aktiviti fotografi perkahwinan, jadi aku gunakan masa ni untuk aktiviti fotografi untuk kepuasan dan stock. Jadi gambar yang dihasilkan bukanlah sekadar kepuasan tapi boleh dijual untuk stockphoto. Memang betul lah cakap rakan-rakan fotografi stock bahawa aktiiti ini memberi kepuasan berkarya yang maksimun dan santai disamping boleh meningkatkan kualiti dan skill fotografi kita.

IMG_1526

lotus blossom
Lotus @ Kiambang.

lotus yellow

Stockphoto

GENERAL, HOBBY | Posted by sydeen
May 22 2010

Dah agak lama aku tak update blog ni dan mungkin pengunjung yang selalu menjenguk masuk mesti boring dengan gambar yang sama jer. Aku pun sama.. hehe. So kali ni aku nak paparkan gambar selain dari gambar orang. Maksudnya gambar yang hanya berbentuk konsep. Sebenarnya sejak dua menjak ni aku amat leka dengan stockphotography. Jangan risau bagi mereka yang baru mungkin tak berapa paham dengan apa yang aku nak nyatakan di sini.

lock document

Stock photo ialah menjual gambar secara online melalui website yang telah disediakan oleh beberapa agensi antarabangsa seperti Shutterstock, Dreamstime, Bigstock dan banyak lagi. Bagi mereka yang telah mengikuti posting saya yang lepas mesti akan teringat kesinambungan ini. Agensi ini memerlukan gambar dari kita untuk dijual secara kormesil keserata dunia untuk pelbagai kegunaan seperti iklan, poster dan cetakan semula untuk barangan jualan. So bagi mereka yang menjadi model yang sah, jangan terkejut la jika gambar anda terpapar di bandaraya New York!

computer lock

Setiap gambar yang dibeli secara download melalui agensi tadi, kita sebagai pemegang copyright gambar tersebut akan mendapat royalty yang telah ditetapkan oleh setiap agensi. Nilainya memang tak sama untuk setiap agensi iaitu dari US0.25 hinggalah beratus dollar untuk sekeping gambar. Harga ini bergantung kepada klasifikasi gambar kita dan saiz dalam pixle yang mereka perlukan. Lagi besar saiz lagi tinggi lah royalty yang kita dapat.

note pad

Sebenarnya aku dah tahu tentang stockphoto ni sejak lima tahun lepas lagi dan termasuklah kenkawan yang lain pun tapi tiada tindakan. Bila dah ada beberapa rakan lain yang dah buat duit sehingga beribu ringgit sebulan, baru lah kami celik mata… hehe. Baru terhegeh-hengeh nak buat dan padan ngan muka aku…

lotus flower3

Jadi ini adalah diantara gambar stock yang telah melepasi tapisan pun untuk dijual.

colour pin

drill chuck

computer hardisk

Siti Shamsinar + Hisham

WEDDING | Posted by sydeen
Apr 26 2010

IMG_9114

Kata orang, sekarang ni kalau buat majlis perkahwinan dan tanpa gambar semacam tak cukup ramuannya. Lagi pun bila semuanya dah selesai hanyalah gambar sahaja yang tinggal manakala pelamin, baju, khemah dan sebagainya hanyalah untuk dua tiga hari je. Inilah pentingnya gambar untuk rujukan dan tatapan generasi kita di masa hadapan. Ia kekal selagi dijaga dengan rapi.

Pasangan kali ini ialah Siti Zamzinar dan Hisham yang tidak berkesempatan untuk merakamkan sejarah manisnya di siang hari kerana keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Aku tiada pilihan lain dan tak mahu mengambil risiko untuk menundanya pada hari lain kerana mungkin cuaca tidak menyebelahi kami lagi. So segala peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya termasuklah waktu malam jika cuaca baik. Walaupun pada awalnya mereka agak ragu-ragu untuk sesi fotografi malam namun setelah dijelaskan mereka setuju sebab jika ditunda, mereka kena rancang waktu cuti lain.

Jika kebiasaanya kita lihat ramai pasangan dan jurugambar mengambil waktu siang untuk sesi outdoor tapi kali aku buat malam. Ya, malam. Aku pun tak pernah buat sesi photoshoot untuk wedding waktu malam. Cantik ke? … Jom try bagi meraka yang belum mencubanya. Lagi pun taklah berkejar masa macam waktu siang.

Memang la shooting pada waktu malam ni agak mencabar kerana keadaan yang gelap dan semestinya menggunakan tripod. Tanpa tripod gambar akan blur kerana menggunakan slow speed. Iso pun hanya sekitar 400 jer. Tu pun banyak gambar yang blur.. hahaha…noise jangan citer la. Pengantin pun kena diam macam patung. Tak boleh main lompat-lompat.

Bagi aku la, keunikan waktu malam ni ialah kilauan cahayanya yang pelbagai warna walaupun lokasi pada siang harinya tak lah cantik mana pun. Tapi bila malam… cun! So kami shoot sampai penat…Bila pengantin dah angkat tangan…. Jom balik!

IMG_9213

Aku pun tak pernah pegi tempat ni.. hehe

Eye on Malacca

Di tepi sungai Melaka

Tepi sungai lagi

Tangga untuk menyeberangi sungai Melaka

Atas jambatan ke Masjid Selat

Di bahagian belakang Masjid Selat

Lagi bahagian belakang tapi mengadap Selat Melaka. Gelap tuuu…

Hanya menggunakan cahaya spot light…

EnjoY!

Senario Facebook

GENERAL | Posted by sydeen
Apr 14 2010

Kecanggihan teknologi maklumat terus meledak lagi dengan ujudnya laman sosial popular kini iaitu Facebook. Memang sebelum ni telah pun ujud laman sosial seperti Twiter, Myspace, Digg dan banyak lagi. Namun yang paling popular di negara kita ialah Facebook la. Aku sendiri pun ada akaunnya malah bini aku pun tumpang sekaki.. hehe

Laman ini sebenarnya ada baik dan buruknya. Biasa la kalau sesuatu perkara itu disalah gunakan maka, buruk lah jadinya manakala jika digunakan secara betul maka baik lah jadinya. Oleh kerana ia amat popular kat negara kita, hampir 90% pengguna harian internet mempunyai akaun facebook. Hebatkan!

Dengan adanya lama sosial ni aku dah mejumpai semula 2-3 orang kawan lama semasa di sekolah menengah dulu. Seronok jugak bukak story kat lama sosial ni dan boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Anak buah aku yang hanya sekolah sampai tingkatan dua pun dah ada akaun facebook.. hahaha… Hebat betol. Orang kampung yang dulu aku tak terfikir untuk cuba menggunakan internet, sekarang dah ramai mempunyai akaun facebook. Terkejut jugak aku bila ada seseorang yang Add aku dan aku amat mengenalinya sejak dulu lagi hanyalah seorang kaki pancing jer. Setiap hari bergelumang dengan lumpur dan pacat tapi sekarang dah ada akaun facebook!

Bila aku tengok senarai kenkawannya, rupanya ramai lagi orang kampung yang aku kenal sedang berseronok melalui laman facebook. Tersenyum sendiri aku membaca setiap postingnya. Dalam kepala aku hanya terfikir, hebat betul masyrakat sekarang dan aku tak sangka ianya bergitu cepat merebak ke kampung-kampung.

Niat aku bercerita tentang kehebatan rakan-rakan di kampung ni bukannya nak menunjukkan kehebatan diri lebih maju dari mereka, malah aku pun berasal dari kampung yang sama cuma sekarang ni menetap di luar kampung jer. Bandar yang layak dipanggil pekan jer. Yang paling bestnya semuanya dah jadi dekat sekarang. Boleh bertanya khabar bila-bila masa. Ada juga kenalan yang dah bertahun tak jumpa tapi sekarang siap dah ada blog sendiri. Lagi hebat!

GAMBAR RETRO MASA DARJAH DUA…

Bagi remaja memang zaman ni adalah zaman mereka. Jarang sangat remaja sekarang yang tak tau guna komputer dan internet. Anak aku yang darjah tiga pun dah boleh tahan sekarang ni. Yang aku maksudkan sekarang ni ialah mereka yang dah mencecah umur 40an. Aku masih ingat lagi sejak kanak-kanak hinggalah remaja malah dewasa pun, asyik bermain dalam semak dan bendang jer. Kat sekolah pun taklah cerdik mana pun hanya sekadar tahu membaca jer. Semuanya atas inisiatif sendiri untuk jadi pandai. Nak harapkan dorongan mak ayah memang jauh sekali la sebab orang kampung mana tau semua tu.

Blog ini adalah berkenaan dengan: Jurufoto, Jurugambar ,Perkahwinan, Kahwin, Kawin, Melayu, Photographer, wedding, photographer, fotografi, digital, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, Kelantan, Malaysia, editing, custom album, story book, story album, kamera, Nikon, canon, lens, flash, macro, makro, blog, saidin, sydeen, sydeen04, untuk pertanyaan sila hubungi 0139210453