Kata orang, sekarang ni kalau buat majlis perkahwinan dan tanpa gambar semacam tak cukup ramuannya. Lagi pun bila semuanya dah selesai hanyalah gambar sahaja yang tinggal manakala pelamin, baju, khemah dan sebagainya hanyalah untuk dua tiga hari je. Inilah pentingnya gambar untuk rujukan dan tatapan generasi kita di masa hadapan. Ia kekal selagi dijaga dengan rapi.
Pasangan kali ini ialah Siti Zamzinar dan Hisham yang tidak berkesempatan untuk merakamkan sejarah manisnya di siang hari kerana keadaan cuaca yang tak menentu sekarang. Aku tiada pilihan lain dan tak mahu mengambil risiko untuk menundanya pada hari lain kerana mungkin cuaca tidak menyebelahi kami lagi. So segala peluang yang ada dimanfaatkan sepenuhnya termasuklah waktu malam jika cuaca baik. Walaupun pada awalnya mereka agak ragu-ragu untuk sesi fotografi malam namun setelah dijelaskan mereka setuju sebab jika ditunda, mereka kena rancang waktu cuti lain.
Jika kebiasaanya kita lihat ramai pasangan dan jurugambar mengambil waktu siang untuk sesi outdoor tapi kali aku buat malam. Ya, malam. Aku pun tak pernah buat sesi photoshoot untuk wedding waktu malam. Cantik ke? … Jom try bagi meraka yang belum mencubanya. Lagi pun taklah berkejar masa macam waktu siang.
Memang la shooting pada waktu malam ni agak mencabar kerana keadaan yang gelap dan semestinya menggunakan tripod. Tanpa tripod gambar akan blur kerana menggunakan slow speed. Iso pun hanya sekitar 400 jer. Tu pun banyak gambar yang blur.. hahaha…noise jangan citer la. Pengantin pun kena diam macam patung. Tak boleh main lompat-lompat.
Bagi aku la, keunikan waktu malam ni ialah kilauan cahayanya yang pelbagai warna walaupun lokasi pada siang harinya tak lah cantik mana pun. Tapi bila malam… cun! So kami shoot sampai penat…Bila pengantin dah angkat tangan…. Jom balik!
Aku pun tak pernah pegi tempat ni.. hehe
Eye on Malacca
Di tepi sungai Melaka
Tepi sungai lagi
Tangga untuk menyeberangi sungai Melaka
Atas jambatan ke Masjid Selat
Di bahagian belakang Masjid Selat
Lagi bahagian belakang tapi mengadap Selat Melaka. Gelap tuuu…
Hanya menggunakan cahaya spot light…
EnjoY!










